A K I R A   U E H A R A
--------------------------------------------------
b l o g - m e l a y u

A K I R A   U E H A R A
--------------------------------------------------

[ --> info ringkas ]

Lelaki, bujang, dua-puluh tahun, orang boyan BUKAN MELAYU, tinggal di Singapura, sebuah negara yang di katakan 'berbilang bangsa'  -

[ --> karakteristik ringkas]

Senang bersedih, anti-sosial, beseorangan, giler internet, komputer nerd, suka berubah fikiran, khuatir akan bukanČ, sensetip

Soalnya : Tudung
Sabtu, January 4, 2003 || 02:41 a.m.

Wajib atau tidak? Aku masih tak faham lagi dgn soalan wajib nya tudung untuk semua perempuan yang sudah baligh.

Soalnya : Jika tudung itu wajib di pakai untuk semua wanita islam, kenapa Majlis Ugama Islam Singapura tidak meng"enforce"kan wajibnya memakai tudung di sekolah goverment dan hanya di sekolah madarasah? Apa, jika government tidak memberi kata laluan untuk membenarkan orang islam memakai tudung di sekolah government, MUIS tidak boleh terangkan yang tudung itu wajib dalam segi undang2 islam?

Berapa hari yang lalu, NMJ telah menulis mengenai tidak dapat mengidentifi orang islam dengan orang tidak islam. adakah itu penting? lagi sekali soal tudung dia masuk kan kerana kebanyakan orang islam tidak memakai tudung walaupun mereka orang islam. Wajib di sisi Agama ataupun kehendak hati setiap individu?

Sudahkah konsep memakai tudung tidak lagi wujud di dalam konteks islam semenjak dunia ini di katakan sudah "MODEN"?

Bebual pasal konteks Tudung lagi sekali. Jikalau memakai tudung itu wajib. Kenapa tidak semua orang islam yang menuntut di sekolah menengah di malaysia memakainya? Kenapa mereka boleh pilih untuk memakai tudung atau tidak ? Bukan mereka orang islam juga? Pekara ini membingungkan kerana mendengarkan memakai tudung itu wajib untuk orang wanita yang sudah baligh, kenapa negara jiran islam kita tidak mengetatkan lagi kewajipan itu di semua sekolah serata malaysia?

Aku mahu sahaja tahu adakah memakai tudung itu wajib dan bukan untuk memburukan mana2 pihak. Aku hanya ingin menyoal pekara yang kita tidak pernah ingat untuk sentuh.

Soal tudung ini menghantui lagi Singapura pada saat2 ini, kerana seorang budak melayu islam telah di usir pulang pada hari pertama sekolah kerana memakai tudung yang BUKAN seragam sekolah itu.

Pekara itu telah dikatakan sebagai Politik. Ini adalah kali kedua dan jatuh pada hari pertama sekolah.

Siapa yang harus di salahkan ??

Arrrggghh.. Binggung jugak soal agama dan politik bila ia di soalkan sama2. . .

Soalnya Politik? Agama? Ingin mempelawa kontroversi? Lihatlah rangkain website CNA mengenai KES TUDUNG baru

ChannelNews Asia Berita http://www.channelnewsasia.com/stories/malaynews/view/816/1/.html

-----------------------------------------------"Entry" pertama 2003
Khamis, Januari 2, 2003 || 01:26 p.m.

Dah lama jugak tak masukan entry kat sini. ada sikit kekok untuk tulis dalam bahasa melayu. seperti orang cina cakap melayu pulak aku ni.

kalau nak bebual bahasa pasar yang selalu tu memang boleh, tapi srkg bahasa pasar tu dah menjadi sebati dengan campurnye bahasa ingris like u & i. gitu lah. .

mungkin weblog yg ini boleh tolong aku dapat improvekan bahasa melayu aku yang sekian semakin tipis kalau nak tulis betul2. . .

too much influence from school pasal kat sekolah, orang melayu boleh dikira pakai 2 tangan aje. hai. . . macam kelakar gitu tulis di sini gunakan bahasa melayu . . .

tapi takpe, bukan lagi berapa bulan lagi, boleh lah aku type dgn rancak mengunakan bahasa melayu. . kan lagi bagus. . . *hehe. . .

-----------------------------------------------
Erti Aidilfitri
Khamis, Disember 5, 2002 || 01:00 a.m.

Hari raya akan mejelang lagi, memang pada saat2 ini lah, ramai orang akan pergi ke geylang serai untuk membeli barang2 yang "terlupa" di beli untuk hari raya tahun ini. . .

Kenapakah berbeza sungguh hari raya orang singapura dan hari raya di negeri2 lain ?

Lain Bangsa, Lain Agama . . .
Sama Agama , Adat Berbeza . .

"It's not about religion, but it's about culture. . ."

Tahukan orang ramai mengapa orang islam menyambut hari raya aidilfitri ? Tanyalah sama orang warga cina ataupun warga asing. . . mereka akan berjawap

"it's the malay new year rite?"

ataupun

"oh, sorry, It's the MUSLIM new year rite?"

Salah jugak. . . .

Jadi, Hari Raya kita sambutkan untuk apa ?

Mengapakan ramai belia yang turun ke geylang serai tanpa menghormati bulan ramadhan dengan berpakaian yang menunjukan aurat ? Astahfirwah. . .

Dan apa pula Belia islam di orchard road sedang buat pada waktu 5ptg dan berada di Orchard Road dan menghisap rokok untuk menunjukan gaya yang mereka ini "cool". . .

Tahu nak Hari Raya. . . Tapi tak tahu apa pentingnye umat islam menyambut hari raya. . .

-----------------------------------------------

hakcipta dipelihara © 2002 - 2004  / /a k i r a / / versi.melayu